America's Next Top Model Chantal Jones

Chantal mungkin dikenali melalui sifatnya periang, dan wajah gadis Amerika yang tipikal. Setiap gambar yang diambil sepanjang pertandingan ini sentiasa mendapat kata pujian dari juri, dan dia hanya muncul di dua tangga terbawah cuma sekali. tyra memberi komen bahawa Chantal telah mengingatkannya kepada satu daripada supermodel amerika moden yang terkenal,Cheryl Tiegs.Chantal telah berjaya merebut tempatnya di dalam dua model terakhir, bersama rakan seperjuangannya Saleisha Stowers. Semasa cabaran peragaan yang terakhir di Beijing, China, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran apabila kaki bajang yang dipakai oleh penghibur yang menyerikan persembahan peragaan fesyen itu telah tersandung pada deretan kain gaun yang sedang diperagakannya, yang dimana membuatkan dirinya gugup ketika itu. Pada sesi penilaian yang terakhir oleh juri, juri menyatakan bahawa Chantal adalah high-fashion appeal, tetapi juga kagum terhadap peragaan dan liuk lenggok yang ditonjolkan oleh Saleisha. Saleisha Stowers akhirnya memenangi bagi pertandingan itu, tetapi Chantal berkata bahawa dia akan tetap mencapai impiannya."

Berkaitan